Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Kalau sebelum ini Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendakwa diri mereka hampir diculik ketika sesi penggambaran filem tersebut di perairan Sabah, dan kenyataan tersebut dianggap sangat tidak masuk akal apabila pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai  Timur Sabah (ESSCOM) menafikan dakwaan tersebut, hari ini kedua-dua pihak dipertemukan bagi menyelesaikan salah faham tersebut.

Namun, buat masa ini baik Hairul Azreen mahupun Ammar Alfian sendiri, masih belum memberikan sebarang komen berhubung pertemuan mereka dengan pihak ESSCOM. 

Terdahulu, Hairul pernah memberikan kenyataan berhubung kejadian yang berlaku. Dimana, semasa kejadian tersebut beliau dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak iaitu lokasi penggambaran filem tersebut dan setelah menyelesaikan beberapa babak, pihak berkuasa sudah  mendapat maklumat bahawa mereka bakal dijadikan sasaran penculikan.

Dan susulan isu tersebut, kedua-dua pelakon ini diarahkan memberikan keterangan lanjut berhubung kejadian tersebut kepada pihak ESSCOM kerana ianya berkaitan dengan keselamatan negara.

Apapun, diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar.

Salma Syahbuddin