Hiburan By: Fatin Nurain August 29, 2023 @ 1:55pm

Pelaku Anggap Keguguran Sebagai Kifarah, Hana Ismail Akui Emosi Terganggu – “Waktu Diambil Kurang Tepat”

Pengacara Hana Ismail mengakui dirinya terkesan apabila seorang wanita menganggap kandungannya gugur akibat kifarah suaminya, Da’i Syed yang pernah merogolnya, pada tahun 2020 yang lalu.

Menurut Hana, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh individu terbabit di media sosial baru-baru ini telah menjejaskan emosinya lebih-lebih lagi dirinya masih dalam fasa pemulihan.

Malah, Hana turut meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan si pelaku yang  menggunakan tempoh berduka itu untuk menyerang suaminya.

“Sejujurnya, saya tidak kisah. Apabila berkahwin saya memang bersedia dengan kemungkinan isu berbangkit seperti ini.

“Namun, waktu diambil oleh si pelaku untuk memuat naik video adalah kurang tepat lagi-lagi saya berada dalam fasa pemulihan.

“Secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental,” katanya.

Mengakui dirinya melalui fasa kecewa dan sedih selepas mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu, Hana bagaimana pun tetap bersyukur dirinya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

“Saya bukan malaikat. Tidak dinafikan memang saya mengalami fasa kesedihan dan kekecewaan.

“Memang sedih kerana kurang sebulan saya kehilangan anak dan menghadapi proses pantang. Naluri ibu sudah ada jadi saya rindu untuk hamil. Ditambah dengan situasi seperti ini banyak menganggu.

“Alhamdulillah ada suami, umi, abah, dan keluarga mertua yang memberikan sokongan. Orang ramai juga yang banyak mendoakan saya,” jelasnya.

Sementara itu, Hana turut berharap agar orang ramai lebih-lebih lagi pengguna media sosial untuk tidak melakukan sebarang andaian sebelum menyelidik perkara sebenar terlebih dahulu supaya tidak ada pihak yang terkesan.

“Satu penganiyaan dan kezaliman ke atas saya. Ini kira ujian buat suami, saya, si pelaku dan orang yang menonton video tersebut.

“Cuba lihat kepada kedua-dua pihak berbanding terus menyerang dan memberikan reaksi tidak wajar.

“Saya seru kepada orang ramai untuk bertabayyun (menyemak asas kebenaran) kerana reaksi anda sedikit sebanyak memberikan impak kepada saya dan suami serta ahli keluarga kami,” katanya.

Sebelum ini, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita yang memfitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol.

Terdahulu, Hana dan Syed telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Perut Berisi, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?

Wahh betul ke ni? Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kongsi cara didik anak

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

录制第二首单曲《别说再等一下》李俊颉爆哭

疗愈系暖男歌手Victor李俊颉于今年中推出父亲节单曲《记得我爱你》意外地得到好评,如今乘胜追击再推第二首单曲《别说再等一下》。

Events Sat, 13 Jul 2019

Langkau Sempadan, ABPBH 32 Masuk Dua Kategori Baharu!

Siapa agaknya yang bakal memegang gelaran Bintang Paling Popular tahun ini? Tazabar!