Featured By: Aqilah Paharuzi April 18, 2022 @ 4:25pm

Pelanggan Turun Mendadak, Cef Ammar Dakwa Gerai Bazar Nasi Arab Di USJ 4 Disihir

Nama pengusaha Nasi Arab terkenal, Cef Ammar meraih perhatian orang ramai Ramadan kali ini.

Selain juadah yang dijual menjadi tular di media sosial, Cef Ammar sering kali menerima tohmahan netizen yang tidak berpuas hati sehingga ada saja isu yang berkait dengan perniagaannya heboh diperkatakan.

Umum sedia maklum Cef Ammar mempunyai cawangan lain di USJ 4, namun khabarnya kini gerai tersebut telah ditutup dipercayai akibat disihir.

Menerusi sebuah video TikTok yang memaparkan video secara langsung Cef Ammar, difahamkan pelanggan di gerai USJ 4 turun mendadak sehingga anak Cef Ammar yang menguruskan kedai tersebut hilang semangat untuk berniaga.

Susulan itu, Cef Ammar yang tidak berpuas hati telah memanggil ustaz bagi mengetahui masalah disebalik kejadian itu dan mendapati ada individu bertindak untuk menghantar sihir.

Justeru itu, Cef Ammar membuat keputusan untuk menutup gerai tersebut bagi mengelakkan perkara lebih teruk berlaku.

“Saya tak mahu family saya kena. Rezeki saya boleh dapat, Tuhan bagi saya rezeki untuk berniaga di Stadium Shah Alam.

“Allah SWT bila nak bagi rezeki, dia beri sangat sama rata.

“Pada awalnya saya nak buka gerai di merata tempat, tapi Allah maha berkuasa. Contohnya dalam situasi saya ini ‘kalau Allah beri saya dua pilihan saja untuk tahun ni, tapi saya kena pilih satu saja tempat untuk berniaga,” katanya dalam video tersebut.

@ejie_amam

Untuk usj4, cheff ammar da tutup sebab perbuatan sihir 😢..bulan puasa pn sebuk nk mrnyihir bagai..csemoga pelaku nye dilaknati Allah #cheffammar #masakdenganiman #ramadhan2022

♬ Ya Allah – Wali

Tambahnya lagi, Cef Ammar reda atas dugaan yang menimpanya dan mementingkan keselamatan keluarganya.

“Biar orang buat saya, biar dia dapat dosa saya tak nak keluarga saya terancam.

“Saya nak anak saya selamat sekarang dia kerja di Shah Alam rasa seronok dan semangat.

“Anak saya bukan lemah dan dia tak bagi saya excuse.

“Apa yang Allah bagi kita kena terima dengan reda itu semua ketentuan-Nya,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa simpati kepada Cef Ammar yang banyak menerima ujian di bulan Ramadan yang mulia ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Featured Thu, 13 Apr 2023

Dihentam Beri ‘Green Light’ Isteri Bertudung Atau Tak, Awal Ashaari Tahu Hukum Agama

“Saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya saya tak kisah”. Demikian kata pengacara dan pelakon, Awal Ashaari selepas kenyataannya sebelum ini disalah anggap oleh segelintir netizen. Menurut Awal atau nama […]

Featured Thu, 22 Feb 2024