Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2022 @ 6:40pm

“Deepfake Tu… Muka Lain, Baju Pun Lain”- Peminat Back Up! Dakwa Video Cium Tular Bukan Aedy Ashraf

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon Aedy Ashraf didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika berada di sebuah kelab malam.

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @babythiaa96, warganet mendakwa wajah individu tersebut jauh berbeza dengan aktor kacak itu.

 

“Deepfake tu… Tak pun muka seiras”

Berdasarkan video berdurasi 9 saat itu, rata-rata warganet membuat perbandingan antara foto sebenar Aedy dan individu yang berada di kelab malam tersebut.

Walaupun kesahihan mengenai video tersebut masih tidak dapat dipastikan, namun terdapat segelintir warganet yang mengecam tindakan pelakon itu yang dilihat terlalu bebas dan tidak menjaga batasnya sebagai seorang yang beragama Islam.

Terdahulu seorang pengguna Twitter mendakwa dirinya adalah teman lelaki kepada wanita yang berada dalam video tersebut telah mengambil keputusan untuk memuat naik video berkenaan selepas teman wanitanya tidak mengaku dirinya berlaku curang.

Pengguna Twitter itu juga mendakwa aktor terbabit telah menghantar mesej kepadanya meminta supaya dia memadam video tersebut kerana bimbang reputasinya sebagai seorang selebriti terjejas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kulit Wajah Berjerawat & Bermasalah Pernah Jadi Penyebab Aina Abdul Hilang Keyakinan Diri

Kulit wajah yang bermasalah pernah menjadi penyebab penyanyi Aina Abdul hilang keyakinan diri. Menurut pelantun lagu Sumpah itu, masalah muka berjerawat sudah dialaminya semenjak zaman persekolahan lagi. “Semenjak berada di sekolah menengah, saya mengalami masalah […]

Hiburan Fri, 8 May 2026

Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Bersatu Dalam ‘Konsert Trilogi’ 18 Julai Ini!

Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim bakal disatukan menerusi Konsert Trilogi yang dijadual berlangsung pada 18 Julai depan!

error: Content is protected !!