Meledak dengan single Pematah Hati, penyanyi Nabila Razali bakal tampil dengan single terbaru tak lama lagi! Katanya lagu berkenaan masih mengekalkan genre dan komposer yang sama seperti single terdahulu.

“ Insha Allah, selepas raya saya akan keluar dengan buah tangan terbaru. Rancangan awal, saya mungkin akan hasilkan lagu duet, tapi tak boleh nak reveal sekarang kerana masih terlalu awal,” katanya kepada xtra.com.

Bercakap mengenai pasangan duetnya, siapa lagi kalau bukan composer lagu Pematah Hati yang juga merupakan jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Hael Husaini!

Ketika ditanya sama ada lagu ini berkisar percintaan, Nabila memberitahu akan ada sedikit kelainan dalam lagu ini nanti.

“ Kalau selalu anda dengar lagu duet, mesti bertema cinta kan? Kali ini kami bawakan sedikit perubahan,” katanya.

Dalam masa sama, Nabila memaklumkan dia bakal menyambut Ramadhan di Turki!

“ Saya bakal masuk ke set penggambaran drama terbitan sebuah produksi. Ini pertama kali saya berpuasa di tempat orang (luar negara). Insha Allah, saya dan pasukan produksi akan berada di sana selama 20 hari,” akhirinya.

Semoga urusan shooting itu nanti dipermudahkan dan tak sabar rasanya nak dengar single terbaru Nabila nanti!

SGMS Faida