Categories: Eat TravelFeatured

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Anda pernah dengar tentang kek Cheesekut tak? Bagi yang tak tahu, Cheseekut merupakan kombinasi antara biskut dengan cheese

Bagi anda yang pernah makan, pasti akan memuji kesedapan kek ini. Betul tak? Penulis memang suka sangat buat Cheesekut ini pada hujung minggu, lepas itu kami akan makan bersama keluarga. Memang seronok!

Sebenarnya, nak buat Cheesekut ini mudah sangat! Penulis akan kongsikan resepi dan video tentang cara-cara nak buat Cheesekut ini. Lepas ini, anda boleh try buat dekat rumah ok!

Bahan-bahannya:

1 paket biskut lemak 

250 gram cream cheese

1/2 tin susu pekat manis

1 cawan whiping cream

1 cawan susu segar

Nestum

Serbuk koko

Cara-caranya pula adalah:

Satukan cream cheese, susu dan whiping cream ke dalam mangkuk. Kemudian, putar menggunakan mixer sehingga kembang. Ketepikan.

Tuangkan susu segar ke dalam mangkuk dan celupkan biskut ke dalamnya. Seterusnya, susun biskut tersebut ke dalam bekas. Lapiskan biskut dengan cream cheese tadi. Taburkan nestum dan serbuk koko. Ulang sehingga habis. Apabila sudah siap, sejukkan Cheesekut tersebut di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam. Selepas 2 jam, anda boleh potong dan hidangkan.

Kalau anda nak tahu dengan lebih jelas lagi tentang resepi Cheesekut ini, jom tengok video ini:

Nikmati cheesekut ini bersama orang-orang yang tersayang. Pasti bertambah sayang!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin