Categories: HiburanSelebriti

Pematah Hati Gagal Ke Semi Final Muzik-Muzik 33

Pematah Hati, dari Nabila Razali lagu yang pernah meniti di bibir para peminat. Lagu ini juga bertanding untuk melayakkan ke Semi Final Muzik Muzik 33.

Siapa yang tidak kecewa dan sedih bila lagu yang membuatkan namanya terkenal gagal ke Semi Final Muzik Muzik 33. Ianya sekaligus melenyapkan impian untuk beraksi di pentas berprestij.

“Sejujurnya, sedih juga bila dapat tahu Pematah Hati tak layak ke separuh akhir. Sebelum ini memang saya mengimpikan lagu itu sampai ke pentas AJL. Lebih-lebih lagi bila tengok rakan-rakan lain sudah pernah membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini.

“Nampaknya impian itu tidak kesampaian tahun ini. Tak apalah, saya anggap masih belum ada rezeki untuk saya beraksi dalam pertandingan berprestij itu,” ujar Nabila Razali.

Kegagalan tidak pernah mematahkan semangatnya. Tetap akan meneruskan perjuangan dalam bidang hiburan dan insyallah memberi yang terbaik dalam setiap yang dilakukan. Oh ya! Single baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi

 

SGMS Enal