Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Pelakon yang cukup terkenal menerusi Jangan Benci Cintaku, Niena Baharun selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.03 kg, dua hari lepas.

Niena melahirkan anak sulungnya itu menerusi kaedah pembedahan dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu pada 8 November ini.

Difahamkan dia memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

“ Alhamdulillah… Syukur tidak terhingga kepada Allah SWT, tepat jam 11 pagi bertarikh 24 Oktober 2018, Niena telah bergelar Mommy kepada seorang bayi lelaki.

“ Doakan ‘Baby A’ membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Insya Allah… Amin,” tulisnya.

Niena turut berterima kasih kepada doktor yang membantu menyambut cahaya mata sulungnya itu.

Niena mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Alhamdulillah…Tahniah Niena!

 

SGMS Faida