Peminat Nak Tengok Duet Bersama Bekas Suami, Apa Komen Nourul?

Pasangan penyanyi ini pernah berkahwin namun jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai 11 tahun kemudian.

Sepanjang perkahwinan penyanyi Nourul dan Ajai, mereka banyak menghasilkan lagu duet bersama.

Baru-baru ini, Nourul memaklumkan dia tiada masalah untuk kembali berpada suara jika ditawarkan untuk membuat persembahan di pentas.

“ Saya tiada masalah langsung untuk membuat persembahan bersama Mr. Ajai jika ada permintaan.

“Malah suami saya sendiri memberikan kebenaran lama dulu berdasarkan profesionalism dan duet di antara kami adalah salah satu bab dalam kehidupan kami.

“Saya okay untuk menyanyi atau membuat persembahan istimewa dengan Mr. Ajai andai semuanya baik-baik belaka. Yang baik itu semuanya daripada Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin,” katanya.

Jawapan profesional yang diluahkan oleh Nourul itu turut mendapat pujian ramai di Instagram.

Ibu empat anak ini memberi maklumbalas apabila menerima mesej yang meminta dia dan Ajai kembali ke pentas hiburan dan kembali berpadu suara.

Untuk rekod lama, mereka pernah berkahwin pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2007.

Selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing apabila Nourul kembali bertemu jodoh pada tahun 2012 dengan jejaka asal Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nourul juga kini hamil anak keempat dan khabarnya bakal melahirkan bayi perempuan. Semoga segalanya dipermudahkan, Kak Nourul!

SGMS Faida