Penampilan ‘Daring’ Jadi Bualan… Ibu Mangsa Kecaman, Qistina Raisah Mahu Jadi Diri Sendiri

Pelakon Qistina Raisah tampil mengulas tentang penampilan terkininya yang agak ‘daring’ dek kerana kerap mewarnakan rambut sekali gus mengundang kecaman dalam kalangan warganet.

Menurut Qistina, dia lebih selesa menjadi diri sendiri kerana sikapnya yang suka melaram.

“Saya okay ja. Mungkin ada yang cakap saya tiru orang, tapi sebenarnya saya jadi diri sendiri. Kalau orang tanya kenapa warna rambut saya akan jawab saya suka warnakan rambut,” katanya.

Dalam pada itu, ibunya, Roszana Aminuddin berkata dia tidak kisah dengan kecaman manusia namun berharap mereka tidak melampaui batas.

Malah, dia turut menyatakan dia selesa membiarkan anaknya itu menikmati usia remajanya meskipun kerap mengingatkannya tentang batasan dalam segala perihal.

“Netizen tak kisah mereka nak cakap apa kan. Kita pun kadang-kadang tak suka dan geram je bila dia asyik nak warna rambut je.

“Tapi biarlah dia mencuba dulu zaman remaja dia. Sebagai ibu saya tetap tegur dia mana yang baik dan tidak baik, apa kesan dia semua kita bagitahu.

“Selebihnya, saya berdoa, tawakal, semoga ada hidayah yang baik-baik buat dia. Kepada yang tak suka saya tak boleh nak buat apa-apa.

“Nak kutuk nak hina saya reda je cuma janganlah kasar-kasar. Kita pun ada perasaan, ada hati. Sayu hati ibu bila orang hina melampaui batas,” jelasnya.

Mengakui kecewa ibunya turut terpalit menjadi mangsa kecaman, Qistina menyifatkan hanya ibunya sahaja yang lebih mengenalinya sebagai anak.

“Saya agak kecewa juga tapi saya kata dekat dia jangan baca. Tapi yang kenal saya mak saya, dia tahu saya macam mana. Apa orang cakap dan kecam saya kami berdua tetap happy,” katanya.

Sumber: Melodi TV3

Fatin Nurain