Penampilan Dipuji Tanpa Sebarang Calitan Make Up, Ini Jawapan Lisa Surihani – “Kadang Rasa Tak Suka Pakai”

Pelakon popular, Datin Lisa Surihani mengakui dia tidak kisah tentang pengunaan solekan atau make up ke atas wajahnya.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Lisa berkata dia dia tidak terfikir berkenaan isu mengenakan make up atau tidak.

“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat fasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.

“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu.

“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” ujar Lisa.

Penampilan Lisa kini sering mendapat pujian peminat apabila dilihat kekal cantik walaupun tidak mengenakan secalit make up ke atas wajahnya.

Disoal mengenai penghijrahannya, Lisa memberitahu caranya untuk kekal istiqamah bukan mudah biarpun sibuk dengan anak-anak.

“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun saya sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelasa agama.

“Apabila bercerita mengenai Istiqamah, itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain.

‘InsyaAllah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.

“Untuk saya kalau nak terus Istiqamah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-kedua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqamah mencari redha Allah,” ceritanya.

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi