Penat Dengan Makian Netizen, Aliff Syukri Ajar Perbezaan Dengan Aliff Aziz

Gara-gara kontroversi yang melanda penyanyi Aliff Aziz semalam, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri memuat naik sebuah video lucu hari ini.

Mungkin disebabkan bengang dengan kekeliruan netizen yang mendakwa dirinya curang dengan isteri, Aliff memberitahu sudah penat dengan situasi ini.

“ Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian netizen setiap kali posting saya.

“ Jom saya ajar ini perbezaan saya dan Aliff Aziz. Cuba tengok gambar betul-betul kan berbeza hidung, gigi, mata semua,” katanya serius.

Sementara itu, Aliff juga memohon agar pengikutnya tidak terus mencaci penyanyi itu malah seharusnya mendoakan yang baik-baik untuknya.

SGMS Enal