Drama bersiri 30 episod yang ditayangkan di slot Samarinda ini akhirnya telah sampai ke penghujungnya apabila tayangannya berakhir pada malam tadi.
Menurut penerbit drama Sara Sajeeda, Fadzil Teh, beliau bagaikan tidak percaya kerana drama ini dapat disempurnakan seperti yang dirancang walaupun berdepan pelbagai cabaran sehingga hampir menarik diri disebabkan mencari pelakon wanita yang sesuai sehingga memakan masa berbulan-bulan.
” Sebelum terbang ke Pakistan, saya pening kepala apabila skrip lambat siap selain mencari pelakon utama yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik”
” Masalah lebih besar timbul apabila penggambaran terpaksa ditangguhkan berikutan pertelingkahan antara India dan Pakistan. Dan, ketika penggambaran selesai, kami terkandas pula di Pakistan kerana taida penerbangan pulang ke Kuala Lumpur” Katanya.
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺