Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah…Bekas pengacara TV3 Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia, awal pagi tadi.

Allahyarham yang berumur 61 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah selepas menunaikan solat Subuh. 

Tahun lalu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Ketika ini, keluarga Allahyarham sedang menguruskan jenazah Allahyarham yang akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Memulakan pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama di Tv3, Allahyarham pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Kebolehan Allahyarham bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Allahyarham juga dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.

 

SGMS Faida