Status Zahirah MacWilson Sindir Bekas Kekasih?

Pelakon popular, Zahirah MacWilson telah memuatnaik status sinis di Instagramnya, malam tadi.

Heroin drama Jangan Benci Cintaku ini menulis kenyataan seolah menyindir ‘seseorang’ yang memutar belit cerita dalam masa sama berlakon menjadi mangsa keadaan.Siapa tu agaknya?

“ Twist, ungkit, acah-acah jadi victim, tuduh orang lain, salahkan orang lain, sini ‘I Love You’, sana ‘I Love You’, You know who I’m talking about (Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe. Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,” tulisnya.

Rata-rata berpendapat status itu dituju kepada bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang baru-baru ini berdepan dengan kontroversi apabila gambar percutiannya bersama wanita Ukraine tersebar.

SGMS Faida