Wow! Ada Yang Tonton Filem Pulang Berkali-Kali?

Hebat! Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar akui beliau terkejut dengan sambutan yang diberikan terhadap filem Pulang.

Rata-ratanya memberi maklum balas positif sehingga ada yang memberi 12/10 sebagai penanda aras. Wow!

Tambah beliau, sekiranya kutipan berjaya mencecah RM 4-5 juta, ia sudah cukup melegakan hatinya.

“ Ini kerana cerita dipaparkan bukan kisah tipikal Melayu. Kemungkinan pempamer fikir Pulang ada kelainan membuatkan filem ini mampu bertahan,” katanya kepada BH Online.

Ahmad Izham gembira dengan sambutan dan teruja dengan kewujudan tanda pagar #pulang.

” Saya terkejut apabila filem ini, ada penonton bagi sembilan… Hingga ada yang beri 12/10. Malah, ada yang tonton lima kali…. Saya sangat gembira dan berharap filem ini jadi penanda aras untuk karya tempatan,” katanya.

Filem Pulang masih ditayangkan di pawagam sehingga hari ini. Naskah hebat arahan Kabir Bhatia ini membariskan pelakon hebat seperti Remy Ishak dan Puteri Aishah selain Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong. Jom ke pawagam berhampiran anda hari ini!

SGMS Faida