Categories: familuv

Para Ibu, Jangan Ambil 8 Jenis Makanan Ini Jika Bayi Anda Menyusu Badan

Tahniah Hijab & Heels ucapkan pada para ibu yang berjaya memberikan susu badan secara eksklusif (sepenuhnya) kepada bayi anda! 

Bagi anda yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, anda boleh tanamkan impian untuk menyusukan bayi anda sehingga umurnya 2 tahun tanpa mencampurkan dengan susu formula ok! Jangan cepat mengalah!

Tapi, para ibu semua perlu tahu bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan ketika menyusu ataupun lebih baik jangan ambil langsung sepanjang tempoh penyusuan.

Ini bertujuan untuk menjaga tahap kesihatan bayi anda kerana apa yang anda makan dan minum ia sangat mempengaruhi penghasilan air susu badan tersebut.

Sebelum makan, fikir dahulu kesan yang bakal anak terima nanti seperti cirit-birit atau sakit perut. Kesian si comel itu nanti! Jadi, Hijab & Heels senaraikan 8 jenis makanan ini yang perlu anda elakkan ketika tempoh penyusuan. Semoga bermanfaat!

1. Minuman berkafein

Foto: Tribun Kaltim

Bagi anda yang suka minuman berkafein, perlu hentikan ya sepanjang tempoh penyusuan. Ini kerana, minuman ini boleh menyebabkan bayi anda akan merengek berasa tak selesa dan sukar untuk tidur malam. 

2. Bawang putih

Foto: Tribun Kaltim

Ya, bawang putih sememangnya popular dengan manfaatnya yang mampu membuang angin dalam badan sebab itu ada sesetengah orang mengambilnya secara rutin.

Tapi, bagi ibu menyusu badan, makan bawang putih sesuatu yang tidak bagus untuk anak kerana ia akan menyebabkan susu badan anda rasa aneh lantas bayi akan menolak untuk terus menyusu.

3. Buah jeruk

Foto; Ainredzuan.com

Anda dilarang sama sekali mengambil buah jeruk kerana anak boleh terkena sakit perut atau bayi akan kerap membuang air kencing. Jadi, hati-hati!

4. Makanan mentah

Foto: Mashable

Sila lupakan sebentar makanan mentah seperti sushi! Ini kerana, ibu yang makan makanan yang mentah atau tidak dimasak boleh membina racun dan bakteria ke dalam susu ibu.

Ibu akan mengalami muntah dan sakit perut, manakala si bayi akan turut terkena kesan yang sama melalui susu ibu. Jadi, sila elakkan!

5. Udang dan kerang

Foto: Okezone Lifestyle

Jika anda favourite dengan dua jenis makanan ini, pastikan anda tahan dahulu nafsu makan anda itu. Udang dan kerang boleh membuatkan anak anda mengalami alergi ataupun naik ruam-ruam merah di sekitar muka dan badan.

6. Brokoli

Foto: Haibunda

Brokoli sememangnya mempunyai banyak khasiat. Namun, sayuran ini perlu anda elakkan sepanjang tempoh penyusuan badan. Ini kerana, apabila anda makan brokoli secara rutin ia akan menyebabkan anak kerap kentut (buang angin). Pilihlah sayuran hijau lain yang lebih bagus untuk ibu dan bayi. Contohnya sayur bayam, sawi dan sebagainya. 

7. Makanan pedas

Foto: Klikdokter

Jangan sesekali makan makanan yang pedas! Ini akan menyebabkan bayi rasa tak selesa dan akan menyebabkan bayi sakit perut dan cirit-birit.

8. Ikan laut

Foto: Twitter.com

Untuk pengetahuan anda, tak semua ikan sesuai untuk ibu menyusu. Ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi boleh menyebabkan keracunan ketika bayi menerima susu ibu.

Antara ikan yang mengandungi merkuri seperti ikan tuna dan ikan tongkol. Para ibu boleh makan ikan salmon kerana ia kaya dengan omega 3.

Kesimpulannya, jagalah pemakanan anda sepanjang tempoh penyusuan agar anda dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Sumber: TheAsiaParentMalaysia

tex_admin