Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’, Azza Elite Bawa Diri Ke Singapura

‘ Harga sewa tapak berniaga ‘cekik darah’, ini macam nak bunuh peniaga kecil macam saya,’ demikian luah pengacara dan penyanyi Azza Zawari mengenai harga tapak yang tidak masuk akal.

Anggota kumpulan Elite itu memberitahu hal ini menyebabkan dia membuat keputusan untuk membuka booth di Singapura.

“ Sewa tapak kecil dengan harga RM15,000 sedangkan sebelum ini harganya hanya sekitar RM5,000-RM6,000 sahaja. Naik tiga kali ganda, ini ibarat membunuh peniaga kecil macam saya.

“ Bayangkan saya hanya berniaga pakaian Muslimah dengan harga sekitar RM50-RM150, macam mana saya nak dapatkan untuk bayar sewa tapak sahaja sudah rasa terbeban,” katanya kepada XTRA.

Enggan menamakan siapa penganjur berkenaan, Azza berharap agar luahannya didengar oleh pihak penganjur di luar sana.

“ Saya faham penganjur juga berniaga. Kami semua cari makan macam anda juga tapi janganlah sampai ‘membunuh’ peniaga kecil Melayu.

“ Untung kami pun tak seberapa dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan sekarang.

“ Tak apalah, saya lebih rela buka booth di Singapura atau Brunei. Pengalaman lalu, walaupun hanya berniaga empat hari di luar, pulangannya boleh tampung perbelanjaan sebulan,” akhirinya dalam nada kecewa.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menjalankan perniagaan Azza Elite Make Up Base, baju Precious Al-Jannah, bedak sejuk dan Krim Perut Abah sejam empat tahun lalu.

Oleh: SGMS Nanie

SGMS Faida