Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2022 @ 2:30pm

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai isu melibatkan pengurusnya, Doddy atau nama sebenarnya Mohd Ikhsan Doddyansyah yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

Walaupun desas-desus itu tular dilaman sosial sejak beberapa hari lalu, namun BCL dilihat mengambil inisiatif untuk berdiam diri dan akhirnya tampil dengan kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

“Semuanya adalah kitaran, termasuklah kehidupan… Sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari, untuk diperbaiki, untuk kita berkembang.

“Saya dan seluruh team mendoakan @doddyansyah. Semoga Doddy dapat melalui masa yang sukar ini. Teruskan berdoa ya Dod,” tulisnya.

Sementara itu, BCL juga memaklumkan bahawa insiden yang menimpa pengurusnya itu tidak menjejaskan konsertnya yang akan berlangsung di Singapura malah, berjanji akan memberikan yang terbaik.

Selain itu, BCL juga mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakan dan menyokong perjalanan kariernya selama ini.

“Kepada semua team BCL, ayuh lakukannya! Teruskan dan jadikan ia sebagai sebuah konsert yang menakjubkan. Semangat ya kawan-kawan!

“Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kasih sayang. Persembahan mesti diteruskan!” kongsinya.

Terdahulu, Doddy ditangkap di Pasar Minggu, Jakarta Selatan oleh pihak polis daerah berkenaan selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis Psikotropika.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Aksi Mesra Bunga Citra Lestari & Ariel Curi Perhatian… Peminat Teruja, Mohon Doa Agar Berjodoh

ARTIKEL BERKAITAN:Bunga Citra Lestari Sudah Move On – ” Saya On The Way Menuju Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Bunga Citra Lestari Dan Noah ‘Peluk’ Ashraf Sinclair Di Perkuburan Buat Peminat Tersentuh

ARTIKEL BERKAITAN:Nyanyikan Lagu “Tak Mungkin Bersama”, Judika Bikin Bunga Citra Lestari Menangis Teresak-esak

ARTIKEL BERKAITAN:“Sejak Ashraf Meninggal, Dia Belum Tidur – Afgan Dedah Kondisi Bunga Citra Lestari

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

Sumber: liputan6

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

E!News Musim Kedua Tampil Wajah Baharu?

Jadi jangan lupa untuk saksikan E!News Musim kedua nanti!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Featured Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Gmie Screen Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim, 51, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Berita ini disampaikan oleh kumpulan rock 90-an, Lestari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi […]

Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Trending Wed, 13 Mar 2019
Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️