Eat Travel By: Yanie Baharom December 17, 2018 @ 5:00pm

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Sekiranya hobi anda adalah mendaki atau rock climbing, anda harus menyenaraikan lokasi ini sebagai spot baharu untuk anda melakukan aktiviti lasak sekaligus menguji adrenaline!

Terletak di Bukit Baginda di Kampung Majau, Kuala Pilah, lokasi ini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik.

Foto: LUVFEELIN

Mula dibuka kepada umum sejak 6 Oktober lalu, ia bukan saja memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak. 

Batu dengan ketinggian mencecah 20 meter itu juga sedikit pelik kerana mempunyai bentuk jalur yang senget.

Malah Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan seramai 1,000 pengunjung. Terdiri daripada pelancong asing pelbagai negara antaranya Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.

Foto: mcHiker

Bahkan sekumpulan pengkaji daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor telah membuat kunjungan untuk meninjau keadaan gua berkenaan.

Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai ‘Batu Hidup’ daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan.

Foto: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja

Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

Featured Thu, 16 Dec 2021
Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]