Featured By: Atiqah Johari March 6, 2023 @ 8:47pm

#TriviaXTRA: Jiwa Rock Tapi Dalam Hati Ada Taman… Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Datuk Ramli Sarip!

Datuk Ramli Sarip merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Singapura. Beliau telah menceburi bidang seni sejak tahun 1964 dan masih aktif sehingga kini.

Penyanyi yang digelar sebagai ‘Papa Rock’ ini merupakan bekas vokalis utama bagi kumpulan Sweet Charity dari tahun 1969 hingga 1986 sebelum bergerak solo sehingga hari ini.

Walaupun digelar sebagai legenda rock, Datuk Ramli Sarip tetap selesa dengan genre lain seperti world music, lagu-lagu puisi dan kontemporari nasyid.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang popular dengan lagu Kamelia, Doa Buat Kekasih, Teratai dan banyak lagi ini merupakan artis Melayu pertama yang mengeluarkan box-set antologi yang berjudul Ziarah Seni pada tahun 1994.

Jadi, ini antara perkara yang ramai tidak tahu tentang Datuk Ramli Sarip!

1. Suka Tanam Pokok & Bela Ikan Hiasan

“Saya suka juga tanam pokok-pokok hiasan dan bela ikan hiasan”

Ini yang dikatakan walaupun jiwa rock tapi dalam hati ada taman 😂

2. Pengumpul T-shirt Rock

“Saya seorang pengumpul t-shirt rock dan saya ada banyak koleksi”

Wah! Datuk taknak buat preloved ke dekat peminat-peminat 😍

3. Tabiat Bila Sampai Kedai Makan Tapi Tak Jadi Makan

“Kadang saya nak makan dekat satu tempat, saya datang tapi bila sampai tempat tu saya taknak makan. Saya berubah fikiran, saya rasa macam tak kena”

Siapa kata lelaki tak complicated pasal tempat makan? 🤪

4. Makan & Minum Di Tempat Berlainan

“Kadang-kadang kalau saya dah makan di kedai tu saya akan minum di kedai lain pulak kerana saya suka mencari apa yang saya suka”

Memang rare tabiat pelik Datuk Ramli Sarip!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Sep 2020
Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Mad August新曲唱出男人无奈心声!承认结束才拥抱开始

Mad August新曲唱出男人无奈心声!《再一次分手》承认结束才拥抱开始~

Featured Wed, 12 Oct 2022
Trending Mon, 25 Feb 2019

Isu sekumpulan babi dibakar secara kejam di Thailand! Siapa yang harus dipersalahkan?

Video rakaman yang berdurasi selama 3 minit  ini menunjukkan sekumpulan haiwan ini  dirodok dengan kejam oleh sebuah jentolak. 

Featured Tue, 26 Oct 2021

| Live TV