Featured By: tex_admin June 14, 2018 @ 12:00pm

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan. Lagi-lagi pada mereka yang sudah berkahwin, mesti nak pikat suami kan? Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kulit yang gebu gebas ini, yang pasti tidak perlu berhabis wang!

Penulis ingin kongsikan kepada anda antara tips yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kulit yang putih berseri dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan secara semulajadi. Jom cuba tips ini!

1. Skrub tomato

Foto: Healthy Living

Tomato bukan je sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tetapi boleh memberi manfaat yang tersendiri kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Caranya, selepas anda mencuci muka dengan bersih, ambil sebiji tomato dan dibelah dua, gosok dan sapukan tomato tadi pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, jika inginkan kesan putih yang memuaskan anda boleh melakukannya setiap hari. 

2. Minum air putih secukupnya

Foto: Serambi Indonesia

Minumlah air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman badan dapat berfungsi dengan lancar. Ini bertujuan untuk mendapatkan bekalan air yang secukupnya untuk tubuh, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.

3. Air beras

Foto: Daerahku

Bagi anda yang selalu memasak, pasti kenal apa itu air beras kan? Begini caranya, ketika anda mencuci beras, air bilasan jangan di buang ya! Ambil air bilasan tersebut dan asingkan ke dalam baldi. Kemudian, ambil air beras dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari. Khasiat air beras ini mampu menghaluskan dan memutihkan kulit!

4. Masker beras pulut

Foto: Keluarga

Caranya adalah dengan menggorengkan beras pulut tanpa menggunakan minyak sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian, tumbuk atau kisar menjadi serbuk dan bancuh dengan air putih. Sapukan masker pada wajah dan seluruh anggotan badan. Biarkan sehingga kering dan bilas menggunakan air bersih. Anda akan merasakan kulit menjadi lebih licin dan lembut.

5. Betik

Foto: Gaya Hidup Sihat

Kebiasaanya betik popular dengan mengubati masalah sembelit atau buasir. Tetapi, buah betik juga dapat membantu memutihkan serta menghaluskan kulit tau! Caranya, ambil buah betik dan kisar sehingga lumat. Kemudian ambil kisaran betik tersebut dan sapukan pada seluruh wajah; biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering, bilas dengan menggunakan air bersih. Anda akan merasakan kulit menjadi lebih halus dan licin.

Tunggu apa lagi, jom cuba!

Sumber: Mr.Tengku Asmadi , Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Featured Tue, 23 May 2023
Featured Wed, 7 Dec 2022
Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

Featured Thu, 2 Mar 2023

Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Makin melampau pula ek! Min pantang betul lah bab pukul perempuan nih!😡

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Saya Tak Pernah Pergi” – Nasha Aziz Kembali Aktif Di Media Sosial Selepas Tiga Tahun Menyepi

Haa dekat mana sayap-sayap Nasha semua? 🥰 Tak sabar nak tengok filem seram Talbis Iblis tak lama lagi 👹