Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2024 @ 3:56pm

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan rasa geramnya berkait isu anak kepada pasangan pelakon popular, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram, DSV kelihatan berdukacita dengan tindakan Marissa yang sanggup menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain.

Katanya, Marissa bukan sahaja cantik, malah cukup sempurna untuk memilih lelaki yang terbaik berbanding yang tidak berduit seperti Aslam.

“Hei, kita sebagai mak ni geram sangat… buat apa lah pergi nikah dengan lelaki macam tu?

“Awak pergi nikah dengan lelaki macam tu rasanya dia tak ada duit. Yang penting sanggup awak jadi madu orang, jadi penyondol. Buat apa?

“Ramai lagi jantan yang elok dan kaya awak boleh pilih sebab awak pun comel, cantik. Tapi, otak dekat lutut ke?

“Saya ni sebagai mak rasa sakit sampai tak tahu nak kata apa. Macam mana lah dengan mak dia?

“Mak dia ni macam mana? Geramnya… anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi pula nikah dengan suami orang. Sakit hati sokmo,” katanya.

Bagaimanapun, DSV tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mendoakan agar urusan kedua ibu bapa Marissa dipermudahkan.

“Allah, anak-anak buat apa lah buat macam tu dekat mak bapa?

“Saya pun ada anak perempuan. Lain anak, lain ujiannya. Semoga dipermudahkan,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terdahulu, isu perkahwinan Marissa dan Aslam kembali menjadi tumpuan apabila pasangan terbabit dilaporkan telah bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand.

Malah, kakak ipar Aslam tampil mengesahkan bahawa adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Dismeber lalu ketika adiknya, Umisya Mazlan sedang menunaikan ibadah umrah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Wed, 17 Jun 2020
Trending Wed, 8 Jan 2020

Pesawat Ukraine Seramai 170 Maut Akibat Terhempas di Tehran

Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 170 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan […]

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Thu, 27 Jun 2024

Azhan Rani Kena ‘Reject’ Drama 60 Episode Sebab Muka Awam

Drama apalah yang reject Azhan Rani ni, rugi.. Dah la berlakon power

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

Dr Siti Hasmah’s Handbag is NOT Marie Claire but is Hamano

Hamano handbags cost much more than a Marie Claire handbag.

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

MEET ISAAC VOO: THE FIRST MALAYSIAN KPOP IDOL

There have been many foreigners rising to fame in KPOP groups recently and now Malaysia’s very own Isaac Voo has brought so much pride to Malaysians as he joined the South Korean band IN2IT.