Kerana mereka sering menjadi perhatian ramai, selebriti-selebriti antarabangsa akan dikritik jika mereka tampil dengan outfit yang mereka pernah pakai sebelum ini.
Yelah, kononnya mereka ini cukup kaya untuk membeli outfit baru setiap kali mereka membuat penampilan di mana-mana acara. Buat apa nak pakai baju lama?
Samalah juga dengan Kate Middleton, isteri Putera William dari negara Britain. Sepatutnya dia lagi kaya daripada mana-mana artis! Dengan body yang slim dan tinggi lampai, dia boleh pakai apa saja yang dia nak.
Tapi ketika menghadiri majlis perkahwinan adik William, Putera Harry dengan Meghan Markle, Sabtu lepas, Kate telah membuat ramai berasa bingung dengan penampilannya.
Walaupun semua orang lebih ternanti-nanti untuk melihat wedding dress Meghan, mereka mesti nak tahu juga bagaimana rupa penampilan Kate di majlis meriah ini.
Maklumlah, citarasa fesyennya yang sophisticated sering mendapat sambutan oleh pengkritik fesyen.
Tapi dua hari lepas, Kate memilih untuk “recycle” sebuah outfit yang dia dah pakai bukan sekali tapi tiga kali sebelum ini iaitu sehelai wool silk coat dress rekaan Alexander McQueen.

Foto: Ben Stansall//AFP/Getty Images
Ia berwarna kuning air dan dipadankan dengan sepasang high heels Jimmy Choo bewarna nude serta topi rekaan Philip Treacy. Kate memang nampak chic.
Jika anda ikuti perkembangan hidup Kate, anda mungkin rasa yang dress itu nampak familiar. Dia pernah memakainya ke majlis pembaptisan anaknya Puteri Charlotte pada Julai, 2015.

Foto: Chris Jackson/Getty Images
Dia memakainya lagi pada Jun, 2016 untuk acara Trooping The Colour.

Foto: Ben A. Pruchnie/Getty Images
Dia memakainya juga ke majlis ulangtahun ke-100 Battle of Passchendaele di Belgium Julai lepas.

Foto: Hello Magazine
Keempat-empat kalinya, dia nampak classy. Tapi kenapa dia tak pakai outfit yang baru, ya? Padahal memandangkan ini adalah acara yang ditonton secara langsung dari seluruh dunia, tetamu-tetamu yang hadir semuanya nak melaram selagi boleh.
Kate nampaknya bukan begitu. Para Netizen berpendapat bahawa dia berbuat demikian supaya dia tak mencuri perhatian orang ramai daripada Meghan pada hari bahagianya. Waaah, baik hati dan bertimbang rasa sungguh Kate ini!
Basically Kate adalah seorang tetamu majlis perkahwinan yang perfect; dia selalu nampak gorgeous tapi tak pernah mencuri spotlight daripada si pengantin perempuan.
Sumber: Insider