familuv By: Fadzlena Jafar May 4, 2020 @ 5:49pm

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Cristiano Ronaldo bukan sahaja dipuja kerana kehebatannya di padang, tetapi juga ketegasannya dalam membantah penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Sikapnya itu yang turut disokong beberapa pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Lionel Messi membuatkan beliau disayangi peminat terutama peminat Muslim di seluruh dunia.

Tidak hairanlah laman media sosialnya sentiasa diikuti peminat, malah mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram pada 2019 dengan jumlah pengikut mencecah 196 juta.

Menerusi akaun berkenaan, Ronaldo sering berkongsi gambar aksinya di padang, namun sejak Perintah Berkurung, pemain bola sepak Portugis itu banyak berkongsi paparan bersama-sama isteri,  Georgina Rodriguez dan empat anaknya.

Ronaldo yang dikatakan mempunyai kekayaan luar biasa hasil bayaran sebagai pemain professional dan tajaan pengiklanan kini meluangkan masa bersama-sama keluarganya di rumah mereka di Madrid, Sepanyol sepanjang Perintah Berkurung di negara itu.

Menerusi perkongsian terbaharu, Ronaldo turut meluahkan penghargaan buat ibunya, Maria Dolores dan isterinya menjelang sambutan Hari Ibu yang bakal diraikan pada 10 Mei ini.

“Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa dalam hidup saya,” tulisnya.

Lebih menarik, Ronaldo turut menghadiahi ibunya kereta Mercedes model terkini seperti yang dikongsikan ibunya menerusi laman Instagram peribadi Dolores.

“Terima kasih anakku atas hadiah ini. Ini hari gembira buat semua ibu,” tulis Doleres.

Kebanyakan media antarabangsa melabel Cristiano sebagai anak penyayang kerana sering mengutamakan ibunya, malah pemain bola sepak yang diiktiraf antara terbaik di dunia itu dikatakan masih tinggal bersama-sama ibunya.

Selain perkongsian berkenaan, Cristiano turut berkongsi gambar beliau bersama-sama anaknya di beberapa sudut menarik di dalam rumah agamnya yang berharga RM37.61 juta  (7 juta pound sterling).

Kebanyakan perkongsiannya itu mendapat hampir 10 juta tanda suka (Like), terutama apabila beliau menyerlahkan sisi kebapaannya bersama-sama anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kids, let the Dad do his work ????????‍♂️❤️???? #stayhome #stayactive

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Antara perkongsian yang menarik apabila Cristiano bersenam sambil ‘dibantu’ anak-anaknya yang masih kecil, malah satu video berdurasi 20 saat pada 4 April lalu yang memaparkan isterinya memotong rambut Ronaldo mendapat tontonan hampir 60 juta.

Sebelum ini, Ronaldo pernah berkongsi video yang memaparkan beliau meluangkan masa dengan anak sulungnya, Cristiano Jr, yang kini berusia 10 tahun dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk bermain di dalam jet peribadinya.

Ronaldo juga dilihat sering membawa Cristiano Jr dalam pelbagai acara termasuk majlis anugerah sukan antarabangsa, sesuatu yang jarang dilakukan atlet terkenal sepertinya.

Melihat kepada pelbagai paparan menarik Ronaldo, siapa yang tidak jatuh cinta dengan jejaka kacak itu, bukan sahaja kaya, penyayang orangnya!

KREDIT GAMBAR: Instagram @cristiano

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Featured Thu, 13 Apr 2023

Shila Amzah Nafi Isteri Baharu Bapa Kawan Baik – “Dia Lebih Rapat Dengan Mak Berbanding Saya”

Alamak… individu didakwa isteri baru ND Lala lebih rapat dengan mak

Featured Thu, 10 Jun 2021

Nenek Disahkan Positif COVID-19, Elfira Loy Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya disahkan positif Covid -19. Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27 sempat berkongsi keadaan neneknya yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama, sebelum ujian kedua […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Wah! Welcome ‘Baby Merdeka’ 😍
Tahniah Mona Allen & Pekin

Featured Fri, 26 Apr 2024