Hiburan By: Attiqah Mohd June 15, 2019 @ 2:04pm

#DramaRaya2019 : Pertaruhan Antara Duniawi Dan Akhirat Dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf

Drama raya TV3 diteruskan kembali dengan cerekerama istimewa sempena raya iaitu Dosa Yang Tak Diiktiraf. Drama ini mula bersiaran pada hari raya kesebelas, hari Sabtu pada 15 Jun bermula jam 1o malam sehingga 12 malam. 

Dibintangi oleh Zarul Husin, Elly Mazlein, Chacha Maembong sebagai pelakon utama. Dosa Yang Tak Diiktiraf mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri Razif dan Rita Sarafina,yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena hiburan tanah air. Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem. Dia mula bergaul dengan golongan alim ulama dan dalam masa yang sama dia juga tersentuh hati dengan skrip yang diterimanya.

Konflik bermula apabila dia mula nekad untuk berjihad dan meinggalkan segala harta dunia dan memulakan kehidupan baru di kampung. Isteri dan anak-anaknya mula diabaikan dan tidak mendapat nafkah seperti yang sepatutnya. Sikapnya ini telah menyebabkan anak-anakknya mula bergaul bebas dan isterinya semakin jauh. Akhirnya dia tersedar bahawa kehidupan di dunia ini, perlu diseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Jangan lupa saksikan pertaruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf hanya di TV3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Bosan Gerak Solo, Black Hanifah Tubuh Kumpulan?

Apa pun, jangan lupa saksikan Black dan protegenya, Aedy dan Bulan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 okay! 

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Casting of Ariel in Disney’s live-action remake of The Little Mermaid causes a stir

The announcement of Ariel being played by a person of colour (PC) for Disney’s upcoming live-action remake The Little Mermaid creates mixed reactions amongst Disney fans.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023