Hiburan By: SGMS Faida November 9, 2019 @ 12:50am

Bosan Gerak Solo, Black Hanifah Tubuh Kumpulan?

Penyanyi Black Hanifah mengaku semakin selesa bergerak aktif sebagai salah seorang anggota kumpulan, Mereka.

Kata Black yang kini sibuk dengan program Mentor Milenia 2019, selepas sekian lama bergerak secara solo, sudah tiba masanya dia melakukan perubahan dalam karier.

“Sebenarnya bukan sebab saya dah bosan bergerak secara solo cuma saya mahu ‘tukar angin’ kejap selepas 11 tahun bergelar penyanyi. Mungkin ramai yang pelik tengok saya bergerak dalam band tetapi setakat ini saya selesa dengan mereka.

“Lagipun saya sudah kenal mereka lama. Nak cari keserasiaan itu mudah. Mereka juga berpengalaman dalam bidang muzik kerana dahulu kumpulan ini dikenali sebagai Moderate tetapi kami tukar ke Mereka.

“Sebelum ini, saya banyak jemput mereka untuk mengiringi saya dalam mana-mana persembahan. Insha Allah jika tiada aral, kami akan bergerak lebih agresif dalam bidang muzik tahun depan,” kata Black kepada Xtra.

Tambah Black, kumpulan Mereka bakal tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul Ceritera Cinta tidak lama lagi.

“Lagu ini merupakan ciptaan saya sendiri. Diharapkan dengan single baharu ini, kumpulan Mereka bakal mendapat perhatian pendengar terutama peminat saya yang banyak menyokong selama ini,” akhiri pelantun lagu Anugerah Terindah ini.

Apa pun, jangan lupa saksikan Black dan protegenya, Aedy dan Bulan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Featured Wed, 26 Jan 2022
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.