Hiburan By: Syamir Shafie November 12, 2023 @ 6:25pm

Netizen Puji Azlee Senario Tak Jemu Layan Peminat, Siap Bersembang Macam Dah Lama Kenal- “Buat Apa Nak Sombong?”

Pelawak, penyanyi dan pelakon veteran Azlee Senario dipuji netizen kerana sentisa melayani peminatnya dengan baik ketika berjumpa secara bersemuka.

Perkongsian itu sempat dirakam XTRA ketika sesi live oleh Azlee di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Dedah seorang peminatnya ketika berinteraksi, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 57 tidak sombong ketika berjumpa dengan orang ramai dan dia sangat ramah bersembang seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Bang, ayah saya pernah jumpa abang. Ayah cakap abang tak sombong macam dah lama kenal,” tulis netizen.

Azlee mendedahkan kumpulan Senario juga sentiasa bersifat rendah diri.

Ekoran layanan mereka yang ramah dan suka mengusik peminat itu, sehingga kini Senario masih diminati serta filem dan komedi mereka sentiasa diingati netizen.

“Satu kelebihan senario, bila jumpa orang ramai kat mana-mana pun, kita tetap ramah dan mesra.

“Buat apa nak sombong, kan? Kalau kita sombong, kita akan merugikan diri kita sendiri. Bila kita tak sombong, kita akan ada ramai kawan,” jelas Azlee.

Menurutnya lagi, sebagai individu yang mencari rezeki dalam mana-mana cabang seni, sikap ‘meninggu diri’ perlu dibuang jauh-jauh.

Azlee juga menyifatkan sikap segelintir pelakon hari ini tidak menghargai peminat kerana merasakan darjatnya tinggi apabila bergelar selebriti.

Baginya, sikap sebegitu akan dibenci oleh netizen dan menyebabkan reputasinya terjejas.

“Jangan ada sifat sombong dalam diri, mentang-mentang kau artis, mentang-mentang kau kerja bagus-bagus…kita kena merendah diri supaya semua orang suka kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, sepanjang sesi live tersebut, ruangan interaksi dihujani dengan luahan rasa rindu peminat Senario untuk menyaksikan mereka kembali mewarnai drama dan filem.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Hot FM Big Jam 2019 Lebih Gempak, Lebih Hangat!

Hot FM Big Jam kembali lagi selepas 7 tahun!

Events Mon, 23 Apr 2018

Empat Peserta Mentor Otai Ini Bakal Berentap Di Pentas Final!

Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada persembahan mereka pada konsert minggu ke- 6 semalam yang turut menampilkan peserta membuat persembahan bersama mentor mereka masing-masing.

Hiburan Sat, 13 Apr 2019
Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Contest Fri, 16 Nov 2018
Hiburan Tue, 10 Dec 2019