Hiburan By: Nurul Hana June 11, 2023 @ 2:30pm

Pernah Terpalit Dengan Kes Curang, Ayus & Nissa Sabyan Syukur Masih Diterima Peminat – “Alhamdulillah Masih Ramai Yang Terima Kami”

Beberapa tahun lepas, penyanyi kumpulan Sabyan iaitu Nissa Sabyan didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang juga merupakan pemain keyboard kumpulan itu, Ayus.

Ayus dan Nissa memberitahu mereka meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kontroversi tersebut.

“Kami akan terus berkarya, mahu atau tidak mahu kami tetap akan bangkit dan melanjutkan perjalanan,” ujar Ayus selaku pemain keyboard kumpulan Sabyan.

Ayus dan Nissa juga mengatakan mereka berasa sangat bersyukur kerana Sabtan masih lagi diterima para peminat terutamanya di Indonesia meskipun pernah terpalit dengan kes curang dan perampas.

“Alhamdulillah, Sabyan Fanbase masih setia dan masih ramai yang sokong kami. Baru-baru ini, kami baru sahaja selesai pertemuan dan konsert akustik eksklusif bersama peminat di Bandung dan sahabat-sahabat kami turur hadir. Bahkan sehingga sekarang, peminat kami semakin bertambah,” kata Nissa, vokalis utama Sabyan.

Ayus dan Nissa berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis pelancaran Konsert Sabyan Live In Malaysia yang bertemakan Alunan Puitis Cinta Ilahi di Restoran Daigor Hong Kong Muslim Restaurant, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Mengulas mengenai pandemik COVID-19 yang melanda dunia, mereka akui terpaksa menghadapi atau melalui susah senang dalam dunia muzik seketika itu dan mereka juga memerlukan sokongan yang bukan sahaja dari kalangan keluarga malah, peminat juga.

“Sebenarnya kami juga mendapat banyak doa dan sokongan bukan sahaja dari keluarga, sahabat malah, dari masyarakat juga,” jawab Nissa.

Walaupun berdepan dengan pandemik, Sabyan tetap berkarya seperti biasa untuk terus bangkit dalam dunia hiburan.

“Kami terus mengeluarkan beberapa karya selama pandemik berlaku. Kami sentiasa memanfaatkan sosial media seperti Instagram dan YouTube. Alhamdulillah sehingga kini, peminat sentiasa menyokong kami,” jelas Ayus.

Mengulas mengenaik konsert, Nissa berkata sangat teruja kerana ini kali pertama datang ke Melaka dan berhasrat untuk mencuba makanan di sana.

“Saya teringin mencuba makanan enak di sana kerana ini merupakan kali pertama kami ke Melaka.

“Kami berharap jualan tiket Sabyan akan mendapat sambutan dan yakin peminat disini menerima kehadiran Sabyan untuk konsert itu dengan baik,” katanya.

Sekadar info, Konsert Sabyan Live In Malaysia bakal mengadakan konsert di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka pasa 26 Ogos akan datang dengan bertemakan Alunan Puitis Cinta Ilahi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Izzue Islam’s Concerns on Self Health Issues

The health condition might give a bad affect on his working schedules.

Trending Sat, 3 Feb 2024

Pecah Rekod! 80,000 Pek Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘Licin’ Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

Fuhh congrats Khairul Aming! Tak sabar nak rasa Dendeng Nyet Berapi