Hiburan By: Syamir Shafie November 5, 2023 @ 1:01pm

Bawa Karakter Wanita Palestin, Nesa Idrus Gementar Berlakon Teater – “Watak Dia Sangat Jauh Dari Diri Saya, Tapi….”

Pelakon baharu, Nesa Idrus meluahkan rasa takut dan gementar untuk melakonkan watak sebagai seorang wanita Palestin dalam pementasan teater Balada Si Angsa Hitam.

Nesa memaklumkan watak yang diberi bukanlah watak kebiasaan yang dilakonkan sebelum ini.

Menerusi teater Balada Si Angsa Hitam yang mengangkat nilai kemanusiaan serta menceritakan pergolakan di bumi Palestin, Nesa memegang wanita sebagai Suhaila, seorang wanita Palestin yang berpendidikan dan berdikari.

Mengakui watak Suhaila sangat jauh dengan dirinya, Nesa atau nama sebenarnya, Intan Hazatulnisa Idrus bagaimanapun menyahut cabaran untuk mendalami watak berkenaan dengan jayanya.

Dedah Nesa, dia menerima tawaran berlakon hanya wdua minggu sebelum pementasan.

Dalam tempoh yang singkat, pelakon Melur Untuk Firdaus itu berjaya menghafal skrip pada minggu pertama manakala minggu kedua difokuskan untuk pembangunan karakter.

Menurut Nesa, dia menarik nafas lega apabila dapat menyampaikan lakonan yang baik kerana dia menghadapi detik-detik sukar untuk mendalami watak wanita Palestin tersebut.

“Skripnya sangat berat. Nesa ialah orang Malaysia, Nesa tiada darah Arab dan Yahudi langsung.

“Nesa kena kaji dan cari rujukan sendiri untuk menjadi seorang wanita Arab Yahudi. Watak Suhaila juga seorang pelajar di luar negara, Nesa pula tak pernah belajar luar negara,” jelasnya.

Nesa ditemui XTRA ketika pementasan teater Balada Si Angsa Hitam yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada Jumaat.

Dalam pada itu, ekoran isu kehadiran pelakon baharu dalam kalangan pempengaruh hangat diperkatakan, Nesa sebagai graduan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menitipkan pesanan agar pelakon harus mempunyai usaha dan inisiatif sendiri.

Baginya, mereka tidak boleh untuk mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar sepenuhnya daripada pelakon senior di set pengambaraan.

“Kepada mereka yang nak berkecimpung dalam bidang lakonan ni, awak kena ada usaha sendiri untuk menyenangkan kerja orang lain,” katanya.

Nesa turut menegaskan bahawa set pengambaraan ialah tempat bekerja dan bukannya kelas lakonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya. Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam […]

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Syukur Alhamdulillah…semoga terus kuat Billy!

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…