Pentas Terapung, Khai Bahar Bakal Terbang Ketika Persembahan AJL 37?

Penyanyi Khai Bahar mahu memberikan persembahan berbeza di Anugerah Juara Lagu ke-37 dengan menampilkan pentas terapung.

Tidak cukup dengan itu, Khai juga bakal terbang dari belakang pergi hadapan ketika menyampaikan lagu Sengsara.

Jangan risau, itu hanya sekadar impian yang terkeluar dari mulut Khai ketika menjawab soalan untuk segmen Berangan Itu Percuma yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia.

Finalis AJL 37 ditanyakan mengenai apa yang ingin dilakukan sekiranya semua perkara di dalam dunia ini adalah percuma dan pelbagai jawapan melucukan yang diberi oleh mereka!

Semak video spontan mereka di bawah:

Jangan lupa saksikan AJL 37 pada 12 Februari ini, Ahad jam 9 malam di TV3 dan strim secara live HD hanya di Tonton.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Padin