Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 2, 2024 @ 5:24pm

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad bakal menyambut Aidilfitri di Kuching, Sarawak demi membahagiakan hati ibunya.

Menurut Sherry, dia bakal menghabiskan masa bercuti untuk menyambut Syawal selama seminggu di kampung halaman.

“Saya sebenarnya masih memikirkan sama ada nak balik ke Kuching ataupun tidak.

“Namun, memikirkan perasaan ibu yang tentunya nak beraya dengan adik-beradiknya, nampak gayanya memang kena balik.

“Sebagai anak, apa yang penting ibu bergembira,” katanya.

Kata Sherry, dia akan menginap di hotel Kuching memandangkan kampung halamannya didiami oleh sepupu yang sudah berkahwin dan beranak-pinak.

“Hotel hanya jadi tempat bersiap kerana saya dan ibu akan sibuk kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara dari pagi sampai malam.

“Apa yang seronoknya beraya di Sarawak, kami sudah mula menziarahi rumah ke rumah dari malam raya.

“Paling dinantikan, acara lawan dentuman meriam pada malam raya saban tahun,” katanya.

Sherry berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media & Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024.

Sementara itu, Sherry juga berkata dia menyediakan sebanyak tujuh baju raya yang menjadi tradisi masyarakat Melayu Sarawak untuk memakai baju Melayu dan kurung selama seminggu.

“Bukan semua baju baharu, ada baju yang saya kitar semula daripada shooting.

“Kalau ke pusat beli-belah pun saya akan nampak semua orang pakai baju raya.

“Satu lagi yang menarik, setiap ruamh wajib hidangkan kek lapis,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: ‘Abang Proton’ Hanya Kawan & Ejen Insurans Sherry Alhadad

Artikel Berkaitan: Rasa Diri Tak Cantik, Sherry Alhadad Akui Malu Dengan Lelaki… Berharap Temui Jodoh Yang Baik -“Impikan Suami Yang…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Watak Antagonis Buat Ellyas Terkejut

Watak Johan boleh dikatakan mencabar kerana saya perlu melakukan aksi seperti menjerit dan menengking wanita walhal saya bukan begitu orangnya…

Hiburan Mon, 20 May 2019

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

Ayuh netizen lakukan kerja anda sekarang, kita cari sampai dapat!

Trending Wed, 29 Jan 2020

3 More Wuhan Virus Cases Reported, Bringing A Total Of 7 In Malaysia

This is getting more worrying! Stay protected people!

Events Fri, 15 Feb 2019
Events Thu, 26 Sep 2019

SuperPark’s Bringing “Super” to Your SuperHalloween Experience With Promos to Die For!

Swap screams for laughter this Halloween at SuperPark Malaysia.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Bukan senang, nak senang ya…Jom dengar apa kata salah seorang senior dari program Mentor ni!

Featured Thu, 1 Dec 2022