Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Penyanyi popular zaman 80an, Dato Nassier Wahab (57) meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Kuala Lumpur, jam 12.45 tengah malam tadi. 

Berita ini dikongsikan oleh temannya, Amirul Haswendy melalui akaun instagramnya beberapa jam lalu.

Menurut perkongsian itu, Amirul mengatakan, Allahyarham menghidapi sakit kanser buat sekian lama. 

 

Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, 1 Jun lalu setelah beberapa kali menangguhkan pembedahan tersebut. 

Allahyarham kerap mengadu sakit pada bahagian gusi sejak lima tahun lalu tetapi menurut pembantu peribadinya, Aliff Salim, Allahyarham hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf (56) dan seorang anak, Intan Najihah.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Klang Selangor untuk urusan pengebumian. 

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Datuk Nassier Wahab atas kehilangan mereka.

Industri seni juga pasti akan merindui Allahyarham yang memang terkenal dengan sikap merendah diri dan suka tersenyum walaupun dengan orang-orang yang tidak dikenalinya. 

Kredit Foto: Instagram @teamnassierwahab

 

Del14