Percaya Jamu Sampai Takut Nak Ke Hospital, Aaron Aziz Ada Sikit Pesanan…

Pelakon Datuk Aaron Aziz menasihatkan anak-anak di luar sana agar lebih peka dengan situasi ibu-bapa masing-masing dalam soal kesihatan.

Terkejut melihat kecederaan jari di kaki ibunya, pelakon Ombak Rindu ini menasihatkan agar orang ramai memujuk ibu-bapa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

“Ramai golongan berumur lebih percaya dengan penggunaan jamu dan makanan tambahan sehingga susah nak bawak jumpa doktor kan.

“So bonda tersayang injured her toe sampai jadi macam tu tapi degil juga tak nak ke hospital…cuma nak klinik,” cerita Aaron.

Sambungnya, setibanya di hospital doktor mengesahkan ibunya perlu dicucuk insulin memandangkan tahap gula dalam badan terlalu tinggi.

Pendekkan cerita, Aaron berharap anak-anak di luar sana mengambil pengajaran dari kisahnya.

“Kalau ada ibu-bapa yang tak nak buat check up please pujuk dorang. Pujuk dorang dengan penuh kasih sayang macam kita pujuk anak-anak kita. Semoga Allah Azza Wajalla memelihara ibu-bapa kami dan permudahkan segala urusan,” ujarnya.

Haa…dengar tu! Pujuk elok-elok ibu-bapa kalau dorang degil nak ke hospital. Bukan apa, cegah kan lebih elok dari merawat. Betul tak?

SGMS Faida