“Perempuan Lain Tak Apa, Nabila Kau Tak Boleh Cemburu, Marah” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad menegaskan kekasihnya atau mana-mana wanita yang ingin mendekatinya tidak boleh mempunyai perasaan cemburu terhadap bekas isteri, Noor Nabila.

Jelas bapa anak satu ini, dia sering menjelaskan perkara berkenaan sebelum menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita lain.

“Saya dah pernah cakap benda ni dekat sesiapun yang ingin berkawan dengan saya adalah satu manusia dia tak boleh cemburu, Nabila.

“Itu pertama sekali saya cakap kepada Amelia, kepada girfriend-girlfriend saya yang sebelum ni pun saya akan cakap benda yang sama.

“Perempuan lain kau nak marah boleh, tapi Nabila kau tak boleh nak marah sebab dia adalah mak kepada anak saya.

“Jadi kalau saya selalu bercakap, berjumpa atau mesej dengan dia tak perlu cemburu.

“Kalau tak percaya, mesej dia (Nabila) sendiri. Saya okay. Tak ada masalah.

“Kalau kau cemburu dengan dia maknanya kau ada masalah bila aku menguruskan anak aku. Setakat ini Alhamdulillah, tak ada yang berani cakap,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz tampil menjawab dakwaan hubungan cintanya bersama aktres jelita, Amelia Christie terlerai selepas dikatakan masing-masing sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Aktor filem The Original Gangster ini berkata dia tidak pernah mengiyakan hubungannya bersama Amelia kepada pihak media.

Sementara itu, Amelia turut menjawab dakwaan tersebut mengatakan dia tidak pernah menyekat mana-mana pengikutnya di Instagram, serta reda atas kenyataan Sharnaaz mengenai hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Artikel Berkaitan: Dikritik Netizen Sebab Seakan Menafikan Hubungan Dengan Amelia, Sharnaaz Ahmad Beri Penjelasan – “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Artikel Berkaitan: Amelia Christie Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Sumber: officialhlive

Aqilah Paharuzi