Pergh…Kumpulan Slash Ada Lagu Barulah!

Berita baik bagi kumpulan Slash! Kumpulan yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu ‘Taman Astakona’ kini tampil dengan single pertama mereka yang berkonsepkan religi berjudul ‘Dan Leburkanlah’ yang juga single keempat mereka.

Bernaung kini di bawah label mereka sendiri Astakona Entertainment, Slash yang berkonsepkan pop rock dianggotai oleh Nuar selaku vokalis, Joe dan Rafix selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum. Masing-masing berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single ‘Dan Leburkanlah’ ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut Joe, untuk pembikinan single ini mereka mendapatkan khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama dan turut menampilkan Daly Filsuf dalam single terbaharu ini.

Proses rakaman single ini telah mengambil masa seminggu untuk disiapkan di The Archive Studio Kuala, manakala proses Mixing Mastering dibuat oleh Taja Mustapha (Meet Uncle Hussin).- Utusan Borneo Online.

SGMS Faida