Bertahan Hanya 2 Tahun, Adele Sah Bercerai

Perkahwinan penyanyi Adele dan Simon Konecki dilaporkan terkandas selepas berkahwin pada tahun 2017.

Wakil penyanyi pop terkenal ini, Benny Tarantini dan Carl Fysh mengesahkan dalam sebuah kenyataan pada Jumaat lalu.

“ Adele dan pasangannya telah berpisah namun mereka akan sentiasa bekerjasama membesarkan anak bersama-sama.

“ Tiada lagi komen lanjut memandangkan keduanya meminta diberi ruang buat sementara waktu,” kata wakil.

Penyanyi berusia 28 tahun itu dilaporkan berkahwin dengan Konecki selepas memenangi anugerah Grammy pada tahun 2017.

Beliau membuat kejutan apabila menyebut ‘Grammys, saya menghargai anda, saya sayang kamu. Pengurus, suami dan anak. Anda semua adalah penguat untuk saya teruskan semua ini’

Adele juga mengumumkan perkahwinan semasa mengadakan konsert di Brisbane, Australia pada 2017.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan melahirkan anak lelaki, Angelo pada 2012.

SGMS Faida