Hiburan By: SGMS Enal December 13, 2017 @ 3:23pm

Perkongsian Aidid Marcello Buat Netizen Sebak.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sebagai umat islam sudah pasti mati di jalan Allah menjadi buruan kita di dunia. Pengurusan jenazah juga amat penting untuk dipelajari pada masa kini. Sebagai ibu bapa mesti kita mengharapkan anak-anak kita yang bakal menguruskan jenazah kita satu hari nanti.

Begitu juga seperti apa yang diharapkan oleh bekas pengacara tv ini, Aidi Marcello yang turut meluahkan rasa yang sama di laman sosial. Beliau yang baru sahaja melihat semua proses menguruskan jenazah terdetik di hati beliau untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang proses pengurusan jenazah itu berlangsung. Jom ikuti perkongsian seorang ayah dan juga selebriti terkenal ini menerusi akaun Instagram beliau.

Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)
Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu? Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu.

Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab. Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku.



Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam. 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir ?
 

Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.AL-FATIHAH. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.
 
Begitulah perkongsian beliau untuk dijadikan pedoman buat kita semua yang masih hidup. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Mon, 8 May 2023

Keadaan Mental Semakin Merosot, Yasin Sulaiman Dirujuk Hospital Bahagia

Allahuakbar… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Yasin Sulaiman 😢😢

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Netizen Nampak ‘Baby Bump’ Fazura?

Namun itu hanya andaian sahaja, perlu dapatkan kepastian daripada tuan punya badan sendiri. Tapi kalau benar Fazura sudah hamil, kami di xtra turut tumpang gembira!

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…