Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 12, 2023 @ 2:19pm

Permohonan Maaf Buat Ibu Mentua & Isteri, Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Diana Danielle Curang

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menarik semula kenyataannya sebelum ini yang menyatakan isterinya, Diana Danielle memfailkan cerai gara-gara wujud orang ketiga.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia turut memohon maaf secara terbuka kepada isteri dan ibu mentuanya di atas kenyataan yang dibuat di mahkamah, semalam.

“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri, Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).

“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon maafkan kekhilafan yang terjadi,” ujarnya.

Terdahulu, Farid membuat kenyataan bahawa isterinya kantoi curang dan mempunyai bukti bergambar mengenai dakwaan wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga Disebabkan Kehadiran Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Isteri Terkantoi – “Saya Sudah Sedaya Upaya Pujuk Diana Danielle”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Wujud Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar

Namun, menurut peguam syarie yang mewakili Diana menafikan dakwaan tersebut dan ia hanyalah alasan Farid semata-mata.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Akaun Asyik Kena Sekat, Sales Merudum… Rupanya Lengah Subuh” – Sasha Abdul Aziz Dedah Ujian Rezeki ‘Sempit’

Sasha Abdul Aziz rezeki sempit, mula sedar kesilapan diri selepas lewatkan subuh

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Ketika serbuan dilakukan, kelibat Che Ta dan suami tiada di rumah

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Barisan Penyanyi Hebat Tanah Air Warnai Konsert Semalam Di Malaya

Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan di pentas yang sama pada 2009 ketika menjayakan Konsert Irama Warisan diiringi MPO. Hampir sedekad tidak beraksi di situ, perasaan gementar sudah pasti ada…

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Trending Mon, 11 Jan 2021
LIFESTYLE Tue, 23 Jul 2019

Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

error: Content is protected !!