Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 8:51am

Persiapan Menyambut Ramadhan Nabil Tahun Ini Luar Biasa!

Alhamdulillah! Pengacara popular Nabil Ahmad, bersyukur niat untuk menghantar tiga peminatnya mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sempena menyambut kedatangan Ramadan menjadi kenyataan.

Tiga peminat yang terpilih, Zaharah Teh, 69, Zaime Abu Yamin, 47, dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Mei ini.

Nabil yang turut menghantar tiga jemaah itu di KLIA berkata, dia sudah lama berniat melunaskan hasrat peminat yang kurang berkemampuan supaya berpeluang menjejakkan kaki dan merasai pengalaman manis di Tanah Suci.

“Saya pernah ditaja seorang hamba Allah ketika kali pertama menunaikan umrah. Setiap kali menjejakkan kaki di Tanah Suci, saya selalu berniat menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati pengalaman sama.

“Alhamdulillah, saya mulakan dengan menaja tiga peminat dahulu. Saya lakukan semua ini bukan mahu menunjuk atau riak, tetapi Allah SWT dorongkan saya supaya ikhlas membantu mereka yang begitu teringin mahu menjejak kaki ke Tanah Suci,” katanya kepada BH Online.

Nabil yang berkongsi rezeki itu sempena ulang tahun ke-10 pembabitannya dalam industri hiburan berkata, tidak banyak yang dimintanya kecuali mereka hanya mendoakan kejayaan dan keberkatan untuk dirinya dan keluarga di dunia serta akhirat.

Nabil berkata, tiga peminat itu hanya membayar RM3,000 sebagai pendahuluan, selebihnya ditanggung pengacara program popular itu.

“Diikutkan, ada hamba Allah yang mahu menaja, tetapi menarik diri pada saat akhir. Jadi, saya bertanggungjawab sepenuhnya kerana sudah berjanji. Saya anggap ini sebagai saham akhirat.

“Saya keluarkan wang simpanan untuk menampung bayaran selebihnya. Ia menjadi hadiah istimewa kepada peminat sebagai penghargaan atas doa dan sokongan yang diterimanya selama sedekad dalam industri hiburan,” katanya yang tidak berkesempatan bersama kerana terikat dengan beberapa tuntutan kerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Exclusive on E! News: Fattah Amin Launches Fattastic Raya Collection

Get your raya clothes fixed with this collection!

Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.  

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Featured Thu, 17 Mar 2022

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Alhamdulillah, semua jemaah digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ya 🤩😍

| Live TV