Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

Konflik hubungan antara pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga kini semakin hangat menjadi perbualan ramai.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Hafidz didakwa menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali di bahagian muka sehingga berdarah semalam, ketika mereka berjumpa untuk berbincang.

Terkini, berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram, Shuhada tampil bersuara selepas insiden tersebut dan menggelarkan Hafidz seorang lelaki ‘play victim’.

“Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah terjadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ni TAK PERNAH SALAH, tapi ingatlah… Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok.

“Never contact again was a bullshit. Yang pasti dia punya stalk i, baca every comments is a joke haha.

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang,” tulisnya.

Sementara itu, Shuhada turut menegur tindakan Hafidz yang menggunakan anak-anak mereka untuk meraih simpati dengan membuat content di media sosial.

“Dan kalau kau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia lebih bagus boleh buat kau bahagia teruskan.

“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras. Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat kifarah buat anda dan anda..

“Hal ini kerana, Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah!” Akhirnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, sebuah foto memaparkan keadaan Shuhada berlumuran darah dan pipi koyak dipercayai selepas ditumbuk Hafidz tular di media sosial.

Bagaimanapun, Shuhada telah memadam entri tersebut dan memuat naik coretannya itu.

Terdahulu, Hafidz didakwa telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya dihadapan keluarga menerusi satu panggilan telefon.

Artikel Berkaitan: Balas Statement Bekas Isteri, Netizen Label Hafidz Roshdi Lelaki Psiko?

Artikel Berkaitan: Minta Mahkamah Teliti Semula, Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Tanpa Niat?

Susulan itu, timbul dakwaan mengatakan Hafidz telah menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali di bahagian wajah dan telah disahkan oleh pihak keluarga.

Artikel Berkaitan: Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Jantan Tak Guna!” – Isu Tumbuk Nurul Shuhada, Isteri Caprice Bengang Dengan Hafidz Roshdi?

Aqilah Paharuzi