Categories: Drama

Eyka Farhana Jayakan Watak Baharu Dalam ‘Melur Untuk Firdaus 2’

Siri drama popular, Melur Untuk Firdaus bakal kembali buat musim kedua. Melur Untuk Firdaus 2 yang ditaja oleh Flavettes menjanjikan pelbagai elemen menarik. Salah satu perkembangan terbaharu adalah kehadiran watak bernama Nur Mawar Idrus yang dilakonkan oleh Eyka Farhana.

Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Dalam erti kata lain, Mawar datang daripada keluarga yang berada. Maka tidak hairanlah yang penampilannya sentiasa cantik, elegan dan bergaya.

Dia juga berkelayakan tinggi. Mawar bertugas sebagai seorang jurutera di syarikat ayahnya. Watak Mawar sememangnya membawa dinamik tersendiri dalam kisah Melur Untuk Firdaus.

Keperibadian Mawar yang disifatkan oleh Eyka sebagai “watak yang Eyka jarang bawa sebelum ini” telah menarik minatnya untuk menyertai barisan pelakon bagi MUF2.

“Dan pada masa yang sama, Eyka sangat gembira dapat bekerjasama bersama Anna (Jobling), Merqeen dan juga pengarah kami, Zamri Zakaria,” tambahnya lagi.

Pelakon berusia 28 tahun itu juga memberi sedikit gambaran tentang watak Mawar menurut perspektifnya. Selain merupakan seorang yang keras kepala, “Dia (Mawar) adalah anak yang sangat, sangat, sangat manja.”

Apabila ditanya tentang persamaan antara perwatakan Mawar dan dirinya sendiri, Eyka menjawab, “Mawar dan juga Eyka adalah sangat berbeza. Itulah cabaran untuk Eyka yang Eyka rasa Eyka tertarik untuk shoot MUF2 kerana dia sangat-sangat berlainan daripada watak sebenar Eyka.”

Mengulas tentang mengapa MUF2 merupakan siri drama yang wajib ditonton, Eyka berkata, “Bagi Eyka, anda semua kena tonton disebabkan segalanya – ada kisah cinta, ada kisah sweet, ada sedih, ada melibatkan family.”

Menurutnya lagi, “Macam-macam pengajaran yang boleh kita belajar bila kita tengok MUF2.”

Cerita Apa? ‘Melur Untuk Firdaus 2’
Bila?
Mulai 16 Mac 2023, Khamis – Jumaat, 7.00 malam
Mulai 20 Mac 2023, Setiap Hari, 7.00 malam
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan