[VIDEO] Perut Semakin Membesar, Netizen Doa Neelofa Dapat Baby Girl – “Dah 5 Bulan Ke… Tak Sabar Nak Tengok Adik Bilal”

Nama selebriti popular, Noor Neelofa hangat menjadi perhatian ramai di media sosial selepas jelas terpampang ‘baby bump’ sekali gus didakwa hamil anak kedua.

Berdasarkan sebuah video tular, Neelofa yang mengerjakan Umrah bersama keluarga di Kota Suci sedang mengambil makanan penuh satu pinggan untuk sarapan.

“Makan untuk baby tu,” tulis individu berkenaan dalam video tersebut.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu juga, isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai PU Riz ini turut mengusap perutnya yang dilihat semakin membesar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar untuk menanti anak kedua Neelofa serta berharap selebriti ini akan menimang cahaya mata perempuan.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mendakwa kandungan Neelofa kini telah mencecah lima hingga enam bulan.

Terdahulu, pasangan sejoli ini memilih untuk tidak menjawab atau menafikan mengenai dakwaan Neelofa hamil anak kedua.

“Kalau saya hamil sekali pun, bila dah nampak perut sudah besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi just go with the flow. Kalau hamil anak kedua, ketiga ke atau seterusnya ini juga pendirian saya,” jelas Neelofa.

Artikel Berkaitan:  Dakwaan Hamil Anak Kedua? Ini Respons Neelofa… – “Bila Dah Nampak Perut Besar, Maksudnya…”

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, setahun.

Aqilah Paharuzi