Positif Covid-19, Mimi Lana Alami Kahak Berdarah! Sesak Nafas & Kadar Oksigen Menurun Sehingga…

Pelakon Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, positif Covid-19 sejak lima hari lalu.

Menurut Mimi menerusi kemas kini hantaran di akaun Instagram miliknya petang tadi, simptom Covid-19 yang dialaminya agak teruk sehingga kadar oksigen menurun.

“Satu badan sakit rasa macam tulang semua dipatah-patah sampai tak tahu nak duduk posisi macam mana. Sejuk menggigil, kahak berdarah, berpeluh-peluh sampai sesak nafas yang sangat teruk.

“Paling teruk tahap oksigen jatuh pada 85 dua hari lalu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah Mimi, dia telah menghubungi pihak hospital namun difahamkan mereka tidak dapat menerima pesakit lain kerana keadaan hospital yang penuh akibat lonjakan kes Covid-19.

“Saya telefon hospital tetapi kebanyakan dah penuh kerana kes Covid-19 yang sangat banyak dan mereka tak terima pesakit sebab semua katil dah penuh,” katanya.

Mimi memaklumkan keadaan dirinya kini semakin bertambah pulih berbanding sebelumnya.

Di akhir kapsyen Mimi, dia sempat memberi tips, ucapan semangat dan kiriman doa kepada mereka yang positif Covid-19 agar terus kuat dan melawan wabak terbabit.

Artikel berkaitan: Anak Positif Covid-19, Ain Edruce Mohon Doakan Kesembuhan Segera -“Temperature Too High, Please Doakan”

Aqilah Paharuzi