Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2023 @ 1:31pm

PRN: Rangkul Gelaran YB Lembah Jaya, Altimet Solat Subuh Berjemaah Bersama Rakyat – “Majlis Agama Antara Kaedah Terbaik”

Penyanyi Altimet menepati ramalan apabila berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lembah Jaya bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

Ia sekaligus memenuhi harapan Datuk Afdlin Shauki yang mahu penyanyi hip hop ini berjaya menjadi ‘tulang belakang’ masyarakat di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Menang bergaya dengan menerima undian sebanyak 26, 298 undian dengan majoriti sebanyak 6, 678, pelantun lagu Amboi ini sekaligus menjadi anatara penyanyi yang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan DUN Selangor.

Susulan kejayannya itu, Altimet atau nama penuhnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, memulakannya tugasnya pada Ahad dengan menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Memetik laporan mStar, Altimet berkata, masjid dan rumah ibadah merupakan tumpuan ramai sekaligus ia adalah kaedah terbaik untuk mendekati rakyat.

“Kerja bermula hari ini, pukul 6 pagi. Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Setakat ini antara perancangan saya adalah program agama. ini kerana tempat ibadah adalah tumpuan penduduk dan kita perlu prihatin terhadap semua golonga.

“Sekarang ini ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum. Tapi kena tunggu angkat sumpah dulu baru jalan kerja,” katanya.

Altimet Menang PRN 2023 Kawasan Lembah Jaya

Bersyukur dengan kejayaan yang diraih, Altimet sedar tanggungjawabnya kini lebih besar dan namanya juga semakin menjadi perhatian.

Justeru, dia berpendapat tiada istilah berehat lebih panjang kerana dia perlu melakukan tugas dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini.

“Saya bersyukur dan teruja. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu melakukannay dengan betul,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2026

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Trending Sat, 21 Aug 2021
Featured Tue, 12 Jul 2022

Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

Setiap orang kan ada cita rasa berbeza-beza, kenapa perlu bandingkan? 🤔 Enjoy je la pakai inai hehe

Hiburan Tue, 8 Oct 2019
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Featured Sun, 4 Sep 2022
error: Content is protected !!