Hiburan By: Aisyah Badrul April 24, 2020 @ 1:35pm

PU Azman Jelaskan Hukum Guna Filter Angkat Keranda Ada Lambang Salib

Tidak dinafikan, aplikasi-aplikasi hiburan seperti Tik Tok dan filter di Insta Stories sememangnya sedang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada ketika ini. Kebanyakkan orang menggunakan medium ini untuk menghiburkan diri dan mengisi masa lapang mereka sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Demam” Coffin Dance ternyata sedang melanda dunia pada waktu ini. Semua orang bertindak menggunakan tarian tersebut sebagai meme dan ada juga yang telah menjadikan tarian ini sebagai filter di Instagram. Mesti korang pernah lihat filter empat orang lelaki berpakaian hitam mengangkat keranda yang mempunyai lambang salib kan?

Ekoran perkara ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, akhirnya pendakwah terkenal Pu Azman tampil memberi penjelasan tentang hukum menggunakan filter seperti ini.

“Saya pun main TikTok, saya pun berseronok juga main filter tukar-tukar muka ni tapi kalau dah tukar muka dekat filter yang ada lambang salib dekat keranda saya rasa itu bukan satu hiburan lagi kerana seolah-olah mengagungkan agama lain,” jelasnya menerusi live Instagram.

Jadi apa hukumnya?

Jelas Pu Azman lagi, walaupun perkara itu hanya sekadar filter namun jika terdapat lambang salib di dalam filter tersebut hukumnya boleh jatuh kepada haram. Hal ini seolah-olah kita mengagungkan agama lain dan boleh memesongkan akidah kita.

Tambahan lagi, kematian dan keranda bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan bahan hiburan dan bergelak tawa.

Untuk penerangan lebih jelas, korang boleh tengok video di bawah ini.

View this post on Instagram

. . . @puazmanofficial

A post shared by JOM DAKWAH X IDDIN RAMLI (@jom_dakwah) on

Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang. Semoga selepas ini korang lebih peka dalam memilih hiburan yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi kita sudahpun memasuki bulan Ramadan.

Selamat berpuasa dan selamat beramal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 25 Feb 2020
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Kilafairy “Belanja” Apa Pula Kali Ni?

Tapi, Kilafairy memang seksi pun…

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Dekorasi Rumah Lebih Penting Berbanding Baju

Setiap kali menjelang raya kami memang sakan dalam hal dekorasi rumah. Orang lain akan fikir mengenai baju, tas tangan dan barang kemas. Kami pula lebih pentingkan langsir dan karpet,

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Rakaman Video Syarifah Sakinah Tidak Memberi Kesan – Che Ta

Menurut Che Ta yang turut menjual produk kecantikan, dia tidak terkesan dengan sindiran dari pelakon Sharifah Sakinah. Malah, Che Ta turut menyokong pendapat Sakinah….