Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2023 @ 1:19pm

Dituduh Berzina & Didakwa Tidak Sah, Dr Maza Perjelas Isu Akad Nikah Sabri Yunus & Angeline Tan -“Jangan Jadikan Benda Ni Terlalu Rumit”

Susulan timbulnya persoalan mengaitkan pelakon siri sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang dikatakan terlalu ringkas, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin akhirnya tampil membuat penjelasan.

Menurutnya, lafaz ijab dan kabul itu adalah sah walaupun ia ringkas namun cukup rukun nikahnya.

“Ijab dan kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan manakala satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan.

“Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi mereka akan mengetahui bahawa nabi akad nikah memang mudah, yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.

“Tak adalah dalam agama ini, kena satu nafas, kena hafal balik perkataan orang yang akad itu.

“Bila dia kata ‘seperti mana yang disebutkan’, maka akan berlaku ijab dan kabul.

“Yang penting adanya ungkapan yang menyatakan bernikah, dengan siapa yang dinikahkan dan pihak yang satu lagi menerima serta adanya dua orang saksi,” katanya.

Perkara itu dikongsi Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menerusi temu bualnya bersama @malaysiatribune di TikTok.

 

Jangan jadikan benda ni terlalu rumit

Menerusi video berdurasi lebih 4 minit itu, Dr Maza juga kelihatan menegur segelintir jurunikah yang dilihat seakan ‘raging’ pasangan yang berkahwin.

Justeru, dia berharap isu ijab dan kabul membabitkan pasangan pelakon ini wajar dijadikan contoh.

”Kadang-kadang saya lihat macam ‘raging’, macam nak denda pasangan berkahwin.

“Kita jangan jadikan benda ini terlalu rumit, benda yang halal. Ini semua perkara-perkara yang tidak benar yang akhirnya menyusahkan.

“Orang sekeliling boleh pula kata ‘tak sah, ulang-ulang’. Ini bukan satu permainan. Lafaz itu telah sah mengapa perlu di ulang?

“Mudah-mudahan ini menjadi contoh dan kita mengingatkan jurunikah jangan payahkan hal seperti ini, yang penting mudah dan disunahkan sebelum itu kita adakan khutbah nikah,” jelasnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan pernikahan Sabri Yunus dan Angeline Tan tidak sah dan dituduh berzina sehingga empunya badan sendiri tampil memberikan penjelasan menerusi perkongsian di Facebook miliknya pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pendakwah Dakwa Ijab Qabul Sabri Yunus, Angeline Tan Tidak Sah & Dituduh Berzina, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Letak Hukum Atas Dasar Kebencian Semata”

Terdahulu, pasangan Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober  lalu.

Sekdar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan menerusi sitkom popular era 90-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menampilkan mereka sebagai Lucy dan Wan Ismail Golok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.  Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di […]

Trending Fri, 30 Aug 2019

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019 kekal.

Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Fri, 10 Dec 2021

Terkejut Jumpa Ular Sawa 250 Kilogram Di Tapak Pembinaan

Sekumpulan pekerja di tapak pembinaan di Sungai Kerak terkejut dengan dua ekor ular sawa batik termasuk seekor ular yang bersaiz gergasi seberat 250 kilogram (kg) pada Rabu. Seekor ular sawa betina seberat 250 kg dijumpai […]

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

ntv7《环球透视》停播两月后转台「重新出发」

ntv7《环球透视》将于2018年3月2日起停播两个月,以便让制作团队重整步伐,重新策划。全新面貌的《环球透视》将于4月30日起,每逢星期一至星期四,晚上11时30分,转至八度空间播出。

error: Content is protected !!