Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 20, 2018 @ 12:00pm

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Hujung minggu memang masa yang dinantikan oleh setiap ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Yela, daripada hari Isnin hingga Jumaat dah bekerja, masa bersama anak-anak memang limited.

Jadi, anda perlu manfaatkan waktu hujung minggu bersama anak-anak agar diri mereka rasa sentiasa disayangi. Anda juga perlu menjadi ibu bapa yang kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti menarik untuk mereka. Tidak kira apa saja aktiviti asalkan ia dimanfaatkan bersama-sama.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah dengan memasak makanan kegemaran mereka. Lagi best kalau ajak mereka sekali tolong anda di dapur. Kali ini, penulis nak kongsikan resepi Ais Krim Milo yang pasti akan membuatkan anak anda tak henti makan!

Resepi ini sangat mudah dengan menggunakan 4 bahan sahaja, antaranya:

  • 200 ml krim putar
  • 1 1/2 susu pekat
  • 1/2 ovalette
  • 7 hingga 8 sudu besar milo
  • Almond

Cara-cara membuatnya pula:

  1. Masukkan krim putar, susu pekat, ovalette dan milo di dalam mangkuk. Putar menggunakan mesin pemutar sehingga kembang.
  2. Sediakan bekas yang bertutup. Masukkan adunan tadi secara sedikit demi sedikit diselangi dengan milo yang ditabur. (Rujuk video)
  3. Tutup rapat dan bekukan di dalam peti sejuk. 
  4. Apabila dah beku boleh dihidangkan dan tabur sedikit almond untuk rasa yang lebih wow!

Anda boleh rujuk video ini untuk lebih jelas:

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 9 Jul 2023
Events Fri, 15 Aug 2025
Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔

Featured Wed, 1 Feb 2023

Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Alolo Hun memalu pulak! Siapa crush dia tu ek?

Events Wed, 8 Mar 2023
error: Content is protected !!