Puji Lakonan Diana Danielle, Individu Tonton Imaginur Sampai Berdarah Hidung

Pelakon Diana Danielle menerima pujian daripada peminat yang menonton filem terbaharunya iaitu Imaginur.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut memuji watak Diana sebagai Nur dan mengatakan hidungnya sampai berdarah menonton filem itu.

“Sampai berdarah hidung tengok Imaginur tadi. Haha.

“By the way, Diana sangat-sangat bae. Suara lembut, cakap lemah lembut, satu per satu perkataan yang keluar. Bukan jenis yang bercakap laju. Sangat nyaman telinga dan tetap rasa aura yang hebat bila dengar dia bercakap,” ujarnya.

Kemudian, Diana turut membalas hantaran tersebut dengan mengatakan pertama kali membaca ulasan filem seperti itu.

“Pertama kali baca orang sampai berdarah hidung. Terima kasih,” balas Diana.

Untuk rekod, Imaginur sudah mencecah kutipan sebanyak RM5juta dalam masa tiga minggu tayangan.

Maya Basir