#SkoolXTRA Selalu Datang Lambat & Pernah Bergaduh Dengan Rakan Baik… Ini 3 Memori Sharifah Rose Ketika Di Sekolah

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon dan juga pempengaruh popular, Sharifah Rose yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Rose dulu seorang Ketua Pengawas tau! Bukan biasa-biasa okey!

Jom kita throwback balik momen-momen Rose dulu. Katanya dulu dia suka bergaduh.. betul ke?

Rose Ketua Pengawas ?

“Masa sekolah dulu saya Ketua Pengawas Sahsiah Pelajar.

“So Rose yang akan spot check pelajar yang rambut panjang, tak ada name tag, yang ambil nama, itulah Rose.

Pernah gaduh dengan Bestfriend

“Momen kedua yang saya ingat adalah Rose pernah bergaduh dengan bestfriend sebabkan ‘nugget’ dekat kantin tinggal satu saja.

“Sebab itu memang favourite kami, memang bergaduh tarik-tarik, last-last kami kongsi hahaha.

Selalu datang lambat

“Masa sekolah dulu saya selalu datang lambat, disebabkan saya pengawas dan masuk pintu belakang dan acah-acah macam tahan pelajar lain.

Bestlah dapat jadi pengawas ketika Form 5 tu lah favourite momen saya.

Haa nakal juga ya Rose dulu-dulu..

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Ini 3 Memori Fahrin Ahmad Ketika Di Sekolah! ‘Syok’ Masuk Asrama Penuh & Nama Selalu Kena Petik Dengan Kawan Sebab…

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA: Ini 3 Memori Ernie Zakri Ketika Di Sekolah! Pernah Jadi Tukang Karut & Kena Gelak Dengan Kawan-Kawan Sebab…

Khairil Khusyairi